Assalamualaikum W.B.T . something to be share .
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir….zalim……fasik.
Sistem demokrasi adalah sistem ciptaan Yahudi. Hampir semua negara di dunia ini telah menjadi penganut sistem ini termasuk Malaysia. Apakah keburukan sistem demokrasi? Apakah yang boleh kita bangga-banggakan dengan menggunapakai sistem demokrasi berparlimen? Seronok sungguh bila ada yang melaungkan 'parti kami lebih demokrasi daripada parti itu' atau 'negara ini lebih demokrasi daripada negara itu'. Hanya tahu laung tapi kosong ilmu tentang makna dan tujuan tersirat demokrasi.
Keburukan sistem demokrasi ialah sesiapa sahaja tidak kira sama ada dia mempunyai moral yang teruk, seorang gay, lesbian, penyokong pluralisme agama dan pelbagai lagi layak menjadi pemimpin sebuah negara asalkan mendapat sokongan orang ramai. Walaupun dia tidak tahu memimpin tapi jika mendapat undi tertinggi boleh saja menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah negara. Ia ibarat Akademi Fantasia, di mana pemenang ditentukan dengan undi yang tertinggi akibat dia popular dan bukannya terbaik. Sistem ini boleh meminggirkan pemimpin yang layak dan memiliki karisma pemimpin, tapi akibat tidak popular dia gagal menjawat jawatan yang sepatutnya dia miliki.
Apa lagi keburukan demokrasi? Demokrasi boleh menyebabkan huru-hara kepada sesebuah negara kerana ramai yang ingin merebut kuasa. Lalu wujudlah apa yang dipanggil sebagai politik wang, demonstrasi / perhimpunan haram dan matlamat menghalalkan cara. Semua dilakukan tanpa rasa bersalah dan dosa kepada Yang Maha Esa asalkan jawatan dan kuasa yang diidam-idamkan berjaya dimiliki.
Demokrasi juga boleh menyebabkan kuasa/ketuanan kaum peribumi hancur lebur di tangan golongan pendatang yang mendapat kewarganegaraan. Bagaimana caranya? Apabila kaum peribumi sesebuah negara yang memegang tampuk pemerintahan tidak bersatu dan undi mereka berpecah-belah, maka mudah sahaja kaum pendatang yang walaupun minoriti tapi kerana bersatu, mereka berjaya merampas kuasa pemerintahan. Contoh negara yang mengalami nasib sebegitu ialah Fiji di mana kaum pendatang iaitu India berjaya menguasai politik negara itu selepas kaum peribumi mereka kalah dalam pilihanraya akibat undi berpecah.
Keburukan yang disenaraikan ini sudah melanda Malaysia. Demokrasi mula merosakkan Malaysia secara perlahan-lahan. Maka Yahudi dan kaum penjajah akan bersorak riang kerana sistem yang dicipta mereka telah berjaya memecahbelahkan Malaysia.
Jadi bagi menangani masalah ini apa langkah penyelesaiannya? , apakah Malaysia perlu kembali kepada sistem pemerintahan raja mutlak / sistem monarki sama seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu? Apakah pendapat anda? ada satu saja kelebihan sistem ini. Ia akan mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa. Jadi Melayu Islam tidak ada sebab untuk berpecah belah disebabkan politik. Sistem monarki juga boleh mematikan terus gerakan kaum pendatang untuk merampas tampuk pemerintahan negara ini.
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Hari ini sudah lebih dari 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.
Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.
Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.
Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? kita? sekian , Wassalamualaikum W.b.t
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi