Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah,
kali ini aku diberi kesempatan untuk menulis luahan hati. aku admit , sejak kebelakangan ini aku tidak membuat sebarang coretan. Maaf , Kali ini aku ingin mencoretkan
sedikit perasaan aku buat untuk seorang insan yang akan bergelar zaujah atau
isteri. Kenapa? Sebab semua orang akan menamatkan zaman “bujang”. Silalah
baca dimulakan dengan kalamullah Bismillahirahmanirahim
Imam Abu Hassan Asy-Syadzili berkata:
"Seseorang yang senang mendengar kisahnya para kekasih dia itu kekasih".
Ustazah Norbayah dalam petikan rancangan semanis kurma :
" Hormati dia, perjuangankan dia, nikahi dia, lalu jaga dia, lindungi dia dari fitnah, Namun jangan pernah berfikir untuk membuat dia jatuh cinta kepada kamu, jika kamu tidak berniat untuk menikahinya. kamu melakukan penganiayaan hati dan ianya berdosa '
Cinta
itu indah. Apabila wujud cinta yang ikhlas, maka hati Allah gerakkan untuk menghalalkan rasa cinta tersebut.
Tuhanku Allah,
kerja-Mu penuh rahsia. Dalam pahit yang kami depani, Kau limpahkan
manis di hujungnya menanti. Dalam sukar mendepan mehnah, Kau ada
menghampar mudah, kami hamba lemah mentadbir, sedang Kau Maha Gagah
mentaqdir. Jadikanlah kami selalu rendah hati di sisi tingginya
Kekuasaan-Mu, namun tak putus asa berusaha mencapai yang terbaik
kerana-Mu.
Allah
menguji seseorang bukan kerana Allah benci tetapi
aku masih percayalah Allah sangat sayangkan hambaNya. Cuma kita sebagai
hamba-Nya terlupa , malah tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya.Pasti
Allah telah aturkan ujian yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku
ada hikmahnya dan Allah suka pada hambaNya yang berusaha menempuhi ujian.
Satu nasihat buat aku yang kadang terlupa malahan sifat aku yang tidak sempurna. Bukankah kesempurnaan itu milik Allah
Satu nasihat buat aku yang kadang terlupa malahan sifat aku yang tidak sempurna. Bukankah kesempurnaan itu milik Allah
perkara ini termasuk aku.
Apa yang perlu aku lakukan ialah berdoa kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri. aku akui, bagi aku, tidak perlu bagi kita yang kecik dan hina ini malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar. ( Jangan Pernah Berputus Asa Pada Rahmat Allah, Jangan Takut, Jangan Bersedih, Allah ada dengan kita ; Surah At Taubah )
untuk dirimu duhai bakal zaujah, Siti Aishah
Aku akui dengan Nama Allah
Aku memilihmu kerana hati ini ikhlas menyintaimu
Atas dasar yang di namakan seorang hamba Allah
Dimana perasaan cinta adalah fitrah pemberian nikmat Allah
Satu rahmat bagi aku untuk menyayangi dan menghalalkanmu
Kita hendak bersama-sama membina mahligai yang indah,
Kita impikan bersama menuju ke arah husnul khatimah
Yang membawa kepada kebaikan,
Dalam mencari satu cinta dan cahaya,
Aku ingin usahakan sinaran
Sinaran cinta Ilahi keatas cinta kita
Sinaran di atas satu sandaran.
mendapat keredhaan Allah.
Aku sedar,
Aku perlu menjaga hati,
Aku perlu menjaga dua hati,
Dua hati yang Allah berikan untuk hamba-Nya,
Dua hati yang bila di satukan akan menjadi tiga bahagian,
Aku perlu menjaga ke tiga-tiga bahagian itu,
Satu untuk aku suamimu,
Satu untuk dirimu zaujahku,
Satu lagi untuk Allah pemberi cinta di hati kita
Duhai bakal zaujahku Siti Aishah,
Aku bukan seperti Saidina Ali r.a yang mempunyai akhlak yang cukup indah,
Yang boleh menawan hati baginda Rasul,
Yang menjadi suami kepada Fatimah Az-Zahra,
Yang menjadi bapa kepada keturunan baginda yang mulia.
Duhai bakal zaujahku Siti Aishah
Aku juga bukan seperti Luqman Al-Hakim,
Yang mampu memberi didikan pada anak-anaknya,
Sehinggakan namanya tercoret dalam salah satu lembaran cinta kita,
114 lembaran cinta ada tercoret satu nama,
Surah Luqman.
Duhai bakal zaujahku Siti Aishah
Aku juga bukan seperti Sultan Iskandar Zulkarnain yang agung yang menawan dua bahagian,
Yang menyatukan dua lembayung di bawah satu pemerintahan,
Yang menyatukan dua daerah hati timur dan barat,
Ke dalam satu daerah cinta,
Yang di kisahkan oleh pemikir dan ilmuwan Islam,
Yang di kaitkan dengan pemerintahan zaman lama,
Duhai bakal zaujahku Siti Aishah
Penuh dugaan di penghujung akhir zaman
Aku hanya seorang hamba yang tak sempuna. Maafkanlah aku.
Aku ingin menjadi seperti mereka diatas,
memiliki hati cinta yang ikhlas kurniaan Allah
untuk aku semai kasih sayang buat dirimu
Setiap yang kita rancang dan usahakan semuanya dalam pengetahuan
Dia yang Maha Agung. Sayangku
Andainya di kau memahami pemikiran aku,
Aku yakin kita tidak akan lari dari mengejar cinta yang sia sia.
Atas dasar satu rasa,
aku beristiqarah
Istiharakh dalam menetapkan cinta aku buatmu selama lamanya
dimana aku masih setia, menyintaimu seadaanya
merindumu dalam tiap ingatanku,
Duhai bakal zaujahku Siti Aishah
manusia itu memerlukan cinta,
sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah.
Saat aku bersumpah dalam tiap sujud dalam doaku
dimana ada wujudnya namamu
Selepas akad ku menghalalkanmu
aku akan terus kekal membahagiakan mu
dengan cinta dan rasa setia aku hingga ke akhir waktu
kerana aku yakin dan percaya dari dahulu lagi
sebaik baik cinta ialah hati yang mampu menjaga
satu nama. Cinta itu fitrah lahir dari kurniaan
Allah Yang Maha Penyayang ( Cinta ) maka jadikanlah
ia halal dengan menikahi setulus hati.
Doaku buatmu sayangku Siti Aishah
Ya Allah
Izinkan aku menyentuh cintaSeiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.
Dengan lafaz zikrullah seiring selepas lafaz akad kita
Bahagiakan lah kami , suburkan rasa kasih sayang
kami sepertimana Rasul kami menyayangi Aisyah r.a.
Dimana kisah cinta mereka kekal abadi
Hingga ke Taman Syurga Jannatul Firdaus
Amin.
24-12-2016-Tarikh keramat buat dua insan
- Bakal Imam kepada Siti Aishah Binti Ashari-
SHAMSUL BAHRI BIN SHUIB
-blog owner-
WEDNESDAY 4.00 A.M
mahalkanlah dirimu duhai sayang, kerana dirimu sangat berharga.
Dari telinga jatuh ke hati,itu wanita,mudah terpesona dengan apa yang didengarinya.Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap.
Dari Aisyah r.a , "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan menyintai suami mu yang menyayangimu setulus ikhlas dengan rasa cinta yang indah, seperti mana suamimu mengasihani dan menyintaimu agar rasa bahagia itu seindah setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
sharing is allowed
Sharing is caring

