22 Februari 2012
PEREMPUAN SEMPURNA
Perempuam sempurna, wujudkah mereka ni Sempurna itu macamana sebenarnya?It's too subjective. Everyone has their own view what the meaning of "perfect guy". Of Course semua lelaki nakkan perempuan yang sempurna.Mungkin tak sempurna di mata semua orang tapi cukuplah asalkan sempurna di mata mereka. Untunglah bagi mereka yang memiliki seorang perempuan yang baik, indah akhlak , lawa, comey, pandai menghormati sesiapa saja, beragama pula,mempunyai pekerjaan yang baik dan elok pekertinya.Alhamdulilah..
Kalau belajar tinggi pun, pasti ada kekurangan di mana-mana. Nak cari pasangan yang sempurna dalam erti kata semuanya ada memang susah. Carilah yang sederhana,xpula melebih-lebih dan xpula terlalu kurang. Pasangan yang menyenangkan hati.
Sepanjang hidup 35 tahun, aku dah berjumpa dengan bermacam-macam perempuan Sejujurnya, aku pun nakkan yang sempurna. Perempuan yang baik, pandai mengambil hati, beragama, cantik, ,manja, pandai masak, tahu menghormati dan romantik. Tapi realitinya semua itu hanya ada dalam drama and filem saja. Kita manusia ini takdak yang sempurna. Ada yang aku jumpa bijak, pandai, baik tp xmatang.Ada pula perempuan yang cun habis, pakej menarik, pendidikan tinggi tapi ego pula tinggi. Pendek kata sukar. Cukup susah nak seperti yang kita impikan.
Ya Allah,aku tidak dambakan perempuan yang sempurna kerana diri aku ni juga tidaklah sesempurna mana.Cukuplah sekadar Engkau temukan aku dan jatuhkan hati aku dengan perempuan yang sesuai denganku dan aku juga sesuai untuknya.Yang menyenangkan hati, dapat menjagaku dengan baik dan boleh bersama saling membimbing antara satu sama lain ke jalan yang Engkau redhai.Saling menasihati.Jadilah diri sendiri dan saling berubah bukan atas kehendak orang lain tapi sama sama berubah kearah kebaikan dengan cara yg tak sempurna tapi diredhai oleh Allah S.W.T.
Rasulullah S.AW bersabda "Barang siapa yang hari ini berubah lebih baik dari semalam ,dia dikalangan orang yg beruntung ,Barangsiapa yang masih sama seperti semalam, dia adalah dikalangan orang yg rugi "hadis riwayat Albukhary dan Muslim