Saturday, November 14, 2015

Tazkirah berkenaan Fitnah Akhir Zaman

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana diberinya nafas buatku dan masa untuk ku perbaiki dan muhasabah diri kerana masih berlambak amalan yang masih belum aku sempurnakan untuk bekalan di sana kelak. Kali ni aku nak share sikit tazkirah yg Haji Rahim( bekas guru skolah agama) bagi kepada para jemaah selepas solat maghrib berkenaan perang akhir zaman. Mmg topik yg ditunggu. Mana2 tazkirah pun dh mula rancak topik ni.Aku sendiri pun nak taw kena Google, beli buku, cari kat youtube..tu pun kalau nasib baik dpt info2 yg sahih. Bkn pa zaman la org Islam.pun sanggup buat hadis palsu..fitnah thadap agama sendiri dan Allah.Nauzubillahi minzalik.

Izinkan aku memulakan langkah dgn Kalamullah  Bismillahirahmanirrahim

Peperangan ..
Mula-mula akan berlaku perang dunia ke 3 di mana umat Islam akan kalah punya. Itulah yang disebut Rasulullah SAW umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini kita cuma mampu menjaga diri sendiri dan keluarga. Keadaan akan jadi begitu sengsara di mana ramai yang akan give-up lalu termakan fitnah Dajjal di mana dia akan menawarkan syurga (yang sebenarnya neraka) dan neraka (yang sebenarnya syurga).

* nak taw buat research ttg Freemason / illuminati ..ampa akan taw.( Cari buku pengenalan ttg depa btajuk gerakan  freemasonry Keluaran Hijjaz Publishing)baca yg basic2 dulu.k.sambung balik..

Yalah, dunia kelam-kabut, orang tak cukup makan, rumah tangga blaku nya kes penceraian , pasangan suami isteri curang, Isteri derhaka, Agama difitnah. rumah hancur, duit tak boleh pakai dan sebagainya... Harta-benda dah takda makna... Masa tu siapa yang tak kuat Iman akan mengalah lalu akan menerima package tawaran PBB Dajjal Laknatullah serta Zionis dan kuncu-kuncu mereka demi keluar dari kesengsaraan. Maka mereka yang tidak kuat Tasawuf, setakat berpegang kepada Syariat sahaja boleh menghalalkan perbuatan mereka berpaling tadah pada pihak Syaitan dengan menggunakan 'kebenaran' untuk mengaku Murtad demi menyelamatkan diri sendiri dari kelaparan, dibunuh dan sebagainya. Boleh menggunakan alasan mengelakkan mudharat demi menyelamatkan tubuh-badan daripada kebinasaan.

Tetapi siapa yang mantap Tauhid dan Tasawufnya akan tetap berpegang pada Islam walaupun nyawanya akan melayang. Seperti Bilal bin Rabah yang tidak mahu Murtad walau diugut dan disiksa majikkannya dengan teruk. Beliau cuma mengucapkan "Ahad! Ahad!" apabila menahan sakit semasa disiksa, Di sini terletak satu rahsia Tasawuf dan makna keEsaan (sekurang-kurangnya fikir Tauhid Af'al. Hakikatnya Siapakah yang menyiksa Bilal?)

Selepas perang dunia ke 3 dan kemenangan orang-orang jahat serata dunia, akan terjadi satu peristiwa di mana alat-alatan moden seperti machinegun, kereta-kebal, jet-pejuang, pelutu berpandu dan sebagainya tidak boleh dipakai. Malah mengikut kata sesetengah orang, tenaga letrik pun hilang tidak boleh dipakai.

Pada masa itu, orang-orang Islam yang berjaya mengharungi segala dugaan tanpa mengalah, jadi fasik dan murtad sebagainya telah dikira lulus ujian, kerana kemantapan Tasawufnya. Barulah berguna pedang, keris dan sebagainya yang selama ini disimpan dalam rumah (kalau tak bercampur-baur dengan khadam, jin dan sebagainya).

Merekalah yang akan memulakan gerakan kebangkitan sebenar Islam, dengan berpedang dan berkuda menghapuskan musuh. Itulah permulaan panji-panji hitam dari Timur yang akan dipimpin oleh keturunan terpilih bertaraf wali dari darah-daging Ahlul Bait Rasulullah SAW. Kemudian muncul Imam Mahdi yang akan dibaiah oleh tentera panji hitam..Nabi Isa As etc...

Itulah yang disebut sesetengah orang sebagai perang dunia ke 4, atau dalam kitab Taurat dan Injil (yang telah diubah-suai tetapi masih ada cerita ini) sebagai Perang Armegeddon.
Jadi agak-agaklah bagaimana Tasawuf boleh berkait dengan Perang Akhir Zaman. Cerminlah diri... Bagaimana kita yang sudah terbiasa hidup senang dan aman, ada rumah elok, kereta, anak-bini, ada sumber pendapatan tetap, tak pernah betul-betul merasa susah, lapar, dahaga dan sebagainya, apalagi disiksa dan diugut bunuh akan berjaya bertahan menghadapi dugaan yang akan datang tanpa kekuatan ilmu dan amal Tasawuf yang sanggup menolak segala kesenangan dunia malah menerima segala dugaan dan susah-payah dengan penuh keredhaan? Di manakah Tauhid kita yang mengEsakan bahawa setiap yang terjadi dan bakal terjadi adalah Af'al Tuhan belaka? Bagaimana mahu bercerita tentang Tauhid Sifat, Tauhid Asma apalagi Tauhid Zat kalau Tauhid Af'al pun tak pass lagi?

perang dunia ketiga akan berlaku dahulu di mana orang Islam disembelih di mana-mana dan kita tak boleh buat apa-apa. Kesengsaraan dan huru-hara yang terjadi akan menyebabkan banyak orang mengalah. Maka untuk memasuki barisan panji-panji hitam, bersedialah menghadapi lapar, susah-payah, hilang segala harta-benda, ahli keluarga, seksaan demi seksaan malah bersedialah untuk dibunuh dengan kejam demi terus memegang tali Allah tanpa terpedaya dengan ugutan atau pujuk-rayu Dajjal laknatullah and the boys and gang.

La ni pun dh byk tanda2. Lagpun kita dhpun berada difasa ke 4.  Zaman Fitnah Dajjal. Semoga Ditetapkan iman kita Dan diberi hidayah buat muslimin Dan muslimat yg Len..peringatan buat diri aku yg kita dh hampir dipenghujungnya...ok lah  takat la saja entry santai Aku. Semoga Bertemu dilain hari .InshaAllah.adios amigos.Assalamualaikum W.B.T

Sharm©™
#Rock/Metal/Grunge Jugak Agama Jangan Dok Buat Sekupang Dua
-Sabtu-14-11.2015(1437hijr)
10.00 mlm

No comments:

Post a Comment