Saturday, March 26, 2016

Coretan Buat Bakal Zaujahku Siti Aishah Binti Ashari Part 2.

Assalamualaikum W.B.T
Coretan kali ni khas buat bakal zaujahku , V.IP( VERY IMPORTANT PERSON ) . Siti Aishah Ashari...,  yang ketika ini lena di ulit intan di alam mimpi.. (udah tido daaa.. huhu) entah kenapa mata ni sukar untuk dilelapkan malam ni. Aku rasa begitu syahdu je malam ni. Entah la. Tak tau apa dah jadi pada diriku ini. Sejak kebelakangan ini, aku selalu je termenung memikirkan masa hadapan. Risau dengan hari-hari yang bakal aku lalui. Lebih-lebih pulak, tak lama lagi akan bergelar seorang suami. Besar tanggungjawab tu. Hendak melayarkan bahtera pernikahan ke destinasi yang indah. Pasitnya banyak gelora ombak yang perlu aku redahi. Macam bersajak la pulak.huhu..
Wahai bakal zaujah,
Ketahuilah olehmu bahawa aku ini hanyalah seorang lelaki sederhana yang tak punya apa-apa harta. Hanya punya sebuah moto cabuk saja. Kerjaku begitu sibuk. Tak mengenal waktu, terkadang aku  balik rumah lewat dek kerana menyiapkan kerja yang telah diamanahkan. Namun, aku kena bersabar kerana itu telah lumrah alam pekerjaanku.
Masaku banyak dihabiskan bersama kerja. Siang ke pejabat. Petang pulang. Terkadang malam terpaksa datang semula ke pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja urgent. tetapi aku tetap mencari masa buat dirimu. Pun begitu, setelah kita bernikah nanti, akan ku pastikan diriku ada masa bersamamu.
Jika sekiranya aku terpaksa pulang lewat ke rumah, janganlah kau merajuk hati, marahkanku kerana kerja balik lambat. Bukan aku sengaja untuk pulang lewat. Keadaan memaksa aku pulang lewat.
Duhai bakal zaujah,
Telah pun kau sedia maklum. Aku ini seorang yang seringkali lupa. Lupa akan perkara-perkara yang penting kadangkala. Kalau time ingat, memang aku ingat sedalam-dalamnya. Tapi, bila aku lupa, perkara yang baru kau sebutkan pun aku boleh jadi lupa. Jadi, janganla marah-marah. Andai aku terlupa, ingatkanlah aku. Andai aku tersalah, betulkanlah aku. Moga itu akan menambah lagi rasa cinta antara kita bila sudah berumahtangga nanti.

Jika suatu saat aku memarahimu, berilah senyuman kerana mungkin saat itu aku terlelah dengan keseharianku,dan aku yakin senyumanmu adalah penyejuk hatiku, kasih jika suatu saat nanti aku mengacuhkanmu,hiburlah aku kerana mungkin aku perlukan jenakamu setelah seharian dalam kesendirianku mencari nafkah untukmu,  jika suatu saat kau melihatku sangat lelah,cukuplah kau mengambilkan air putih untuku, jika suatu saat aku salah dalam memimpin, maka ingatkan aku kerana kau adalah penasihat sejatiku.
sayangku jika suatu saat aku pulang mencari nafkah seharian tapi tidak mendapatkan hasil, maka berilah aku senyuman kerana aku telah semaksima mencari nafkah untukmu dan support aku dengan kata-kata manismu bahwa hari ini Allah swt belum memberikan kita rezeki walau banting tulang aku mencarinya, isteriku bila suatu malam aku terlelap kerana mungkin terlalu letih seharian mencari nafkah maka bangunkan aku dan aku takan memarahimu kerana itu sudah tanggungjawabku sebagai suamimu.
Bakal Isteriku jika suatu saat aku pulang kau lupa memasak makanan untukku, jangan merasa bersalah kerana aku memaklumimu dan cukuplah aku minum air putih untuk menghiburkan kelaparanku dan izinkan aku memasak sebagai tanda kasih sayangku, jika suatu saat aku mencucikan bajumu jangan merasa bersalah kerana aku bahagia telah boleh membantu beban keseharianmu, isteriku kau adalah harapanku dalam mencari keredhaan-Nya, kau adalah hidupku, kau adalah cinta sejatiku, semua rasaku untukmu, semua rinduku milikmu, dan jika suatu saat nanti aku pergi meninggalkanmu kerana panggilan Ilahi . maka ingatlah satu hal dariku, bahawa CINTAKU dari dahulu, kemarin sekarang esok, lusa dan sampai bila2 pun hanya akan menjadi milikmu.Siti Aishah Binti Ashari. I will love you forever and i will never leave you.
 -- sharmsul bahri bin shuib--
my home sweet home
                                                                                                                                                                                           

No comments:

Post a Comment