Sunday, March 6, 2016

MY FUTURE WIFE SITI AISHAH ASHARI PART 1

Assalamualaikum W.B.T.

Sidang sibuk aku membelek-belek kalendar telepon bimbit aku ,aku sendiri tetapkan tahun ini sebagai satu misi. Tahun 2016 adalah tarikh yang aku sendiri tetapkan untuk berusaha menghalalkan seorang insan sebagai seorang isteri aku yang sah. Insan tersebut ialah seorang yang aku kenali dipenghujung akhir tahun 2015
 Tiba-tiba teringat post video yang dulu pernah dicipta bukan untuk suka-suka tetapi luahan hati dan harapan. Tersenyum dan mengelamun apabila membaca luahan dalam video lepas telah diciptakan untuk seseorang yang istimewa..SITI AISHAH ASHARI.
always love and miss you.

Tapi kali ini aku ingin nukilkan dalam penulisan aku di blog hanya untuk seorang insan yg teristimewa.

Surat aku untuk kau bakal isteriku:



Assalammualaikum 
wahai bakal isteriku,Siti Aishah Bt Ashari
Mungkin aku tak sempurna untuk disayangi, dicintai dan dirindui
kerana sememangnya khilafku tak sesempurna mana
Mungkin aku kadang aku terlalu risau dan bimbang kehilangan dikau,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,
Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikait,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,
Wahai bakal isteriku,
Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, apabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah suatu hari kelak,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.
Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InshaAllah.
Yang benar,
Bakal suamimu.
Sharmsul Bahri Bin Shuib
2 MARCH 2016

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aikk napa comment kena remove...??????

    ReplyDelete
  4. Aikk napa comment kena remove...??????

    ReplyDelete